Assalamualaikum . Salam Jumaat yang indah . Semoga kita semua diberkati oleh-NYA . Amin :)
Okayy , harini aku nak membebel sikit pasal ketidakpuasan hati aku dengan korang-2 yang selalu HINA orang-2 macam aku . Maksud aku ? Mehh , baca apa aku coret bawah ni !
 |
| Pasal ni laa yang nak aku bebelkan ^^ |
Korang mesti cakap , "Ehh , mana ada kami hina orang gemok ke tak lawa ke . Kami pun tau dia manusia" . Okayy , aku selalu dengar dialog macam ni tau . Tapi korang-2 yang cantik , lawa , kurus , putih , and so on laa TANPA sedar ada jugak HINA tau orang-2 macam aku ni . Bukan perempuan je tau yang aku nak highlight benda ni . Kepada kaum-2 Adam juga . Mentang-2 orang-2 macam aku ni bukan taste korang , senang-2 nak pandang hina kami ni . YES ! Korang nak yang slim-2 , cantik-2 , putih-2 , style-2 . Sebab tu mostly gadis-2 macam aku still single even dah sampai waktu untuk ada pasangan . Ni , baru budak-2 belum habis sekolah lagi dah ada pasangan . Biasa laa , pasangan pun mesti laa handsome-2 , smart-2 , stylo-2 . Ye daakk ? Ehh , jangan nak bohong laa . Lagi 1 sekarang antara ciri-2 kat atas , ada tambahan doe . Nak yang ada duit . Tak kisah laa even guna duit MakBapak korang . Janji time date , boleh sambar apa je korang nak . Movie , makan , beli something , tambang .
SHAME ON YOU laa gaaiss ~
Selalu korang akan update kat FB ke Twitter ke Tagged ke blog korang ke kan , tak kisah laa kat mana pun . Kadang-2 kat situ pun ada korang tulis sesuatu yang guris hati macam kami . Tu yang aku cakap , tanpa korang sedar . Apa perlu aku mention nama sorang-2 ? Tak payah laa . AIB doe ~
Yang aku tak faham lagi 1 hal , kenapa couple-2 sekarang suka dengar cakap pasangan masing-2 . Okayy , korang cakap its for ur own good too . Tapi kat situ je dah nampak , pasangan korang tak boleh terima korang apa adanya korang . Baru beberapa hari declare dah suruh pakai macam ni , macam tu kalau nak date , kena wangi-2 , kena diet , kena itu , kena ini . Dan KITA yang perempuan ni , ikuuuut je laa . Sedar tak disitu kita dah nampak bodoh ? HUHU . Okayy , bukan perempuan je macam tu . Ada pasangan plak , perempuan dah cun suruh plak boyfiee dia ubah style laa , ini laa itu laa . Laki tu pun follow je . Sebab ? Taknak kehilangan konon cinta sejati tu laa . PUUIIIHHH laa !

Yang kes kat atas ni kes PARANOID tau . Kira dah okayy , tapi tengok diri sendiri rasa korang gemok laa , tak cantik laa , lemak terlebih laa , ini laa , itu laa . HUH ! Poyo seyh korang ni . Aku marah bukan pasal aku tak kurus ke tak cantik ke . TAK . Aku pelik dengan korang ni . Nak kurus mana lagi ? Nak cantik mana lagi ? Tak cukup apa yang Allah kurniakan kat korang ? Okayy , macam aku memang laa kena fit kan sikit badan aku , untuk kesihatan aku . Tapi memang laa aku sihat sekarang bebas dari sebarang penyakit . Aku nak fit pun BUKAN atas suruhsan siapa-2 . Ni aku tengok budak-2 sekarang , boypreng / girlpreng suruh diet kemain korang usaha nak diet . Bukan atas kehendak sendiri . Nampak sangat takde pendirian yang tetap . Cuba kalau MakBapak korang yang suruh , korang buat tak ? Susah derr ! Itu semua FACT okayy . Jangan nak cakap takde laa . Aku sendiri pernah mengalami hal macam ni .

Allah yang cipta kita . Jadi tak perlu laa nak HINA sesama kita . Sebab bila kita HINA ciptaan Allah ianya sama seperti kita menghina Allah . So , please take note . Kita semua sama je tau di sisi Allah even korang ada kelebihan di mata manusia . Tapi takde BEZA korang-2 yang cantik + tinggi + slim = gadis idaman lelaki dengan kami yang kurang menarik seperti anda pada pandangan Allah . Apa yang membezakan kita ialah AMAL kita nanti . Yang mencantikkan kita IMAN kita . Bukan paras rupa tau . Okayy , kau cantik tapi perangai kau cantik ke ? Kau ada ciri-2 idaman lelaki tapi kau ada tak ciri-2 idaman bakal suami korang ? Pandai masak ? Pandai uruskan hal-2 rumah tangga ? Anak-2 ? Ni aku tengok , asal cantik je korang dah rasa sempurna sangat ! Ehh , PLEASE laa ~
Dah tuu plak , mentang-2 tau kau tu cantik , gediknyaaaa kemain . Ya Allah . Geli tau tengok . Bukan jeles , tapi kesian tau . Ada kata-2 permata yang aku petik "Diri menjadi idaman tak salah , yang salah bila menggedik dan berbangga secara tak langsung gambaran anda ialah perempuan murahan" . Terasa ke ? Aku tuju pada UMUM , bukan perseorangan . So , kalau korang terasa nasib laa . Ada aku mention nama ? Tak kan ? Maybe korang terasa sebab korang pernah alami benda ni kott ? HAHA ~ K , aku memain . Aku pernah menggedik ! Gila perempuan tak pandai menggedik ? Hemo-2 ^^V
Okayy laa weyh , malas plak nak menaip lagi . BTW , the moral of aku membebel ni JANGAN mengHINA apa saja ciptaan Allah , ingat sikit hati manusia lain . Aku pun pernah juga macam terhina , tapi aku bergurau . Dan aku lakukan depan dia . Contoh : adik hitam aku , Fendi dengan Black . Takde laa sampai nak tweet-2 ke post-2 kat FB ke pasal ketidakCANTIKkan / ketidakHANDSOMEman seseorang tu . Yang paling sadis , ayat ni : "Ehh , kita tak sesuai . Kau tengok cermin , aku cantik / handsome . Kau elok jadi alas lap kaki aku je" . Terasa again ? Pergi maaaaammmmpooossss :D
 |
| Okayy , ni kadang-2 aku alami ! |
Ingat korang , cantik luaran ni bukan hakiki . Kita pinjam je nikmat yang Allah beri ni . Anytime Allah nak tarik , Dia tarik . Yang hakiki cantik dalamam tau . Lagi pun yang cantik , akan berkedut . Mana ada dalam dunia ni kekal kecuali akhirat . Aku minta maaf banyak-2 kalau post kali ni agak kurang ajar . Aku cuma geram dengan sesetengah pihak yang pandang rendah / hina kat golongan-2 senasib dengan aku je . Aku takde tuju kat personal , aku tuju pada umum tau . K , love you gaiss <3
*Kami pun ada hati nurani , jangan laa hina kami sewenang-wenangnya . Jangan laa buat kami macam balaci korang . Kami juga ada hak untuk berkasihan . Kami pun nak menikmati manisnya dipuji*