Dah lama aku tak mencoret kat sini kan . Harini aku nak story sikit pasal satu pengalaman ngeri bagi aku . Perkara ni berlaku pada hari Jumaat 27hb Julai .
Malam tu lebih kurang 11malam , aku dengan Kak Irda tengah sembang-2 kat rumah aku . Aku dengan dia baru je balik shopping baju raya aku . HAHA . Maklumlah , badan comeyy macam aku kena beli awal-2 . Takut saiz habis . HUHU . Tengah sembang-2 tu , BlackBerry aku 'menyalak' . Rupanya Mama aku call . Aku pun jawab sambil tersenyum . Rupa-2nya mama bawak perkhabarn buruk . Adik bujang lelaki aku satu-2nya ACCIDENT motor dengan motor . Aku ingat luka biasa , sekali Mama cakap kat HOSPITAL ! Terus aku rasa lutut lemah je . Macam nak pengsan pun ada . Ya Allah , kelam kabut aku call Ayah dan info benda ni . Aku pun teruslah siap dan turun ke bawah rumah tunggu Ayah jemput dengan Mummy . Kebetulan AbangMat ada , angkut sekali . Sepanjang perjalanan tu , Ayah drive kemain laju lagi . Ngeri aku ! Mengucap je aku sepanjang perjalanan tu . HUHU . Sampai je kat area Cheras , pecut ke HUKM . Macam biasa , jammed depan Downtown . Aku dah nak nangis ni , tahan je . Alhamdulillah , kejap je . Sampai HUKM , pecut ke bahagian Kecemasan . Turun-2 nampak Mama dengan Opah . Tanyalah "Abang mana ?" , Mama jawab dalam bilik . Aku meluru ke dalam bilik tu . Tengok adik aku terbaring lemah atas katil , bertampal kening , bibirnya koyak terbelah , luka-2 sana sini , dan yang buat aku sedih gila bila tengok adik aku pakai penyokong leher tu ! SubhanaAllah ! Janganlah patah leher adik aku , doa aku dalam hati .
Aku sembang-2 sikit dengan dia sebab taknak dia tidur , SUMPAH aku takut dia sesak nafas tetiba kalau dia tidur . Tapi bila tengok bibir dia yang tak bergerak , aku diamkan diri dan pehatikan dia . Dan tanpa aku minta , airmata aku turun selebat-lebatnya . Terus aku keluar dan menuju ke tandas . Aku melempiaskan segala kesedihan dan keresahan aku dalam toilet . Agak lama dan aku dapat kawal , aku keluar semula . Aku pergi tengok lagi , doktor masih belum lakukan apa-2 kat adik aku . Doktor tak ramai tapi patient ramai . Aku usap rambut dan bahu dia , aku nangis kembali . Aku keluar dari wad , aku call si awak . Saja untuk sampaikan kondisi adik aku dan bila aku dengar suara dia , hati aku kurang rasa gelisah . Thanks awak :)
Agak lama , aku masuk ke dalam kembali . Dan aku tengok adik aku takde . Aku risau gila . Berbagai andaian ada . Aku takut , aku takut sangat . Aku tanya pada Nurse , dia cakap maybe adik aku kena pergi 'x-ray' dan jahit luka . Alhamdulillah . Aku duduk kembali . Hampir 30minit , nama adik aku diumumkan dan kami boleh melawat . Alhamdulillah , dia dah siap berjahit di bibir sahaja . Ni kerana bibir dan kening adalah doktor pakar dari unit berlainan .
![]() |
| Dari dekat selepas jahit . Sebelum ? Tak berani , kesian :( |
![]() |
| Menunggu masa untuk jahitan di kening pula . |
Doktor cakap , paling awal dia boleh balik ialah 6am . Masa tu baru pukul 3am macam tu . Takpe laa , tunggu saja demi keselamatan adik aku . Aku pun lepak luar hospital dengan Mama . 15minit sekali , aku pergi usha . Dia masih baring dan tertidur . Selang 15minit , dah tutup langsir plak . Rupanya dia sedang dijahit kening . Aku bersyukur sebab tiada kecederaan yang lebih teruk dari ini .
![]() |
| Ni luka sebelum berjahit :'( |
![]() |
| Selepas dijahit :D |




No comments:
Post a Comment