^^V terima kasih ~


Tuesday, 31 July 2012

Feeling like wanna KILL MYSELF x_x

Assalamualaikum . *tanpa senyuman*

Korang , korang pernah rasa tak nak tikam diri korang sendiri ? Pernah tak ? Weyh , aku selalu rasa macam tu tau . Tinggal aku fikir iman aku je , aku fikir aku Islam je . Tapi sampai bila aku boleh tahan ? Penat doe hidup macam ni , bukan aku menyesal atau merungut . Tapi kalau aku selalu sangat tersepit , asyik jadi orang tengah , memang penat laa jawabnya . YES , aku memang nampak senyum dengan suka ketawa tapi dalaman aku ? Ada ke sesiapa yang tau dan faham ? Aku selalu jadi PRS / penasihat kepada kawan-2 , adik-2 dan orang lain . Tapi kepada diri aku sendiri ? Aku PENDAM rasa je .

SIAL !! Aku benci hidup aku sendiri . Susah nak ungkap dengan kata-2 . Tak mampu nak tulis lagi . Tahan air mata je ni . Ya Allah , ampunkan hamba-Mu . 


My HERO's birthday !

Assalamualaikum :)

Heyy korang ^^
Harini kaaaan , birthday HERO kita tau . Ehh , bukan boyfiee laa ! Tapi AYAH kita . Korang ni , cakap HERO je ingat boyfiee -.-"

Emm , berbalik pada cerita . Harini Ayah genaplah 35tahun , ehh silap . 53tahun laa . HAHA . Usia dah meningkat tapi maintain mudaaaa je . Hope Ayah akan always sihat sejahtera . Taktau nak write apa lagi . K , sumpah aku menangis waku type ni . Emm , sedih sebab tak dapat celeb with 1 whole happy family completely ! *kan best if Mama dengan Ayah tak divorce*

Okayy laa , nanti sambung ekk . Kat opis ni . Tata ^^V
Nanti kita post lagi pasal Ayah dengan gambar-2 dia . Tapi korang promise , JANGAN jatuh hati dekat Ayah kita :P

Monday, 30 July 2012

Pengalaman Ngeri -.-"

Assalamualaikum .
Dah lama aku tak mencoret kat sini kan . Harini aku nak story sikit pasal satu pengalaman ngeri bagi aku . Perkara ni berlaku pada hari Jumaat 27hb Julai .

Malam tu lebih kurang 11malam , aku dengan Kak Irda tengah sembang-2 kat rumah aku . Aku dengan dia baru je balik shopping baju raya aku . HAHA . Maklumlah , badan comeyy macam aku kena beli awal-2 . Takut saiz habis . HUHU . Tengah sembang-2 tu , BlackBerry aku 'menyalak' . Rupanya Mama aku call . Aku pun jawab sambil tersenyum . Rupa-2nya mama bawak perkhabarn buruk . Adik bujang lelaki aku satu-2nya ACCIDENT motor dengan motor . Aku ingat luka biasa , sekali Mama cakap kat HOSPITAL ! Terus aku rasa lutut lemah je . Macam nak pengsan pun ada . Ya Allah , kelam kabut aku call Ayah dan info benda ni . Aku pun teruslah siap dan turun ke bawah rumah tunggu Ayah jemput dengan Mummy . Kebetulan AbangMat ada , angkut sekali . Sepanjang perjalanan tu , Ayah drive kemain laju lagi . Ngeri aku ! Mengucap je aku sepanjang perjalanan tu . HUHU . Sampai je kat area Cheras , pecut ke HUKM . Macam biasa , jammed depan Downtown . Aku dah nak nangis ni , tahan je . Alhamdulillah , kejap je . Sampai HUKM , pecut ke bahagian Kecemasan . Turun-2 nampak Mama dengan Opah . Tanyalah "Abang mana ?" , Mama jawab dalam bilik . Aku meluru ke dalam bilik tu . Tengok adik aku terbaring lemah atas katil , bertampal kening , bibirnya koyak terbelah , luka-2 sana sini , dan yang buat aku sedih gila bila tengok adik aku pakai penyokong leher tu ! SubhanaAllah ! Janganlah patah leher adik aku , doa aku dalam hati .
Aku sembang-2 sikit dengan dia sebab taknak dia tidur , SUMPAH aku takut dia sesak nafas tetiba kalau dia tidur . Tapi bila tengok bibir dia yang tak bergerak , aku diamkan diri dan pehatikan dia . Dan tanpa aku minta , airmata aku turun selebat-lebatnya . Terus aku keluar dan menuju ke tandas . Aku melempiaskan segala kesedihan dan keresahan aku dalam toilet . Agak lama dan aku dapat kawal , aku keluar semula . Aku pergi tengok lagi , doktor masih belum lakukan apa-2 kat adik aku . Doktor tak ramai tapi patient ramai . Aku usap rambut dan bahu dia , aku nangis kembali . Aku keluar dari wad , aku call si awak . Saja untuk sampaikan kondisi adik aku dan bila aku dengar suara dia , hati aku kurang rasa gelisah . Thanks awak :)
Agak lama , aku masuk ke dalam kembali . Dan aku tengok adik aku takde . Aku risau gila . Berbagai andaian ada . Aku takut , aku takut sangat . Aku tanya pada Nurse , dia cakap maybe adik aku kena pergi 'x-ray' dan jahit luka . Alhamdulillah . Aku duduk kembali . Hampir 30minit , nama adik aku diumumkan dan kami boleh melawat . Alhamdulillah , dia dah siap berjahit di bibir sahaja . Ni kerana bibir dan kening adalah doktor pakar dari unit berlainan .
Dari dekat selepas jahit . Sebelum ? Tak berani , kesian :(

Menunggu masa untuk jahitan di kening pula .



Waktu tu Ayah pun masuk dengan kawan-2 Ayah , Mama , Opah , semualah tengok . Alhamdulillah , leher dia baik-2 saja . Takde patah pun . Syukur Ya Allah . Kesian aku tengok dia , tak sampai hati .
Doktor cakap , paling awal dia boleh balik ialah 6am . Masa tu baru pukul 3am macam tu . Takpe laa , tunggu saja demi keselamatan adik aku . Aku pun lepak luar hospital dengan Mama . 15minit sekali , aku pergi usha . Dia masih baring dan tertidur . Selang 15minit , dah tutup langsir plak . Rupanya dia sedang dijahit kening . Aku bersyukur sebab tiada kecederaan yang lebih teruk dari ini .
Ni luka sebelum berjahit :'(

Selepas dijahit :D
Aku berharap sangat peristiwa ni meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup dia . Ni taaaak , makin ditegur , makin degil . Aku harap dia akan lebih berhati-2 lagi lepas ni walaupun berjalan kaki atau naik bas . HEHE . Aku tak sampai hati nak tulis kot . Sedeeeyyhh :(

Saturday, 21 July 2012

Ehh , PUASA sudah ^^V

Assalamualaikum sayang'S semua . Jumpa lagi . HAHA

Tanggal 21hb Julai , kita dah masuk puasa yang pertama . Macam tak percaya kejap je dah puasa . Rasa baru lepas raya je . HUHU . Anyway , untuk koram-2 yang aku sayang HAPPY FASTING MONTH . Ada ekk ? KUIKUI . Okayy laa , aku nak wish tu je . Hope kita akan diberkati oleh-NYA sepanjang bulan yang mulia ni . Puasa tau , jangan tak puasa :)

Sakitnya nak cantik =.="

Assalamualaikum koram-2 :D

Aku nak share sikit pasal satu benda yang aku tak pernah buat sepanjang aku dah hidup 22tahun ni -.-"
Aku tak pernah facial kat saloon weyh . Aku selalu buat sendiri je , dengan air panas , air sejuk , telur , bedak sejuk . HAHA . Sekali buat kat Bliss Skin Saloon . Aiyooo -.-" *tepuk dahi*

Aku buat laa PEELING dengan FACIAL . Adeehhh , masa facial tu rasa best sangat ! Macam nak tidur je . Masa dia urut kat bahu aku , kantoi aku geli kat leher . Sebab masa tangan dia urut bahu , kaki aku kejang . HAHA . Malu doe x__x ! Lagi-2 akak tu tegur aku . Lepas tu , dia terlupa agaknya , dia urut lagi . Apa lagi , aku kepitlah tangan dia kat bahu :D *malu-2*
Lepas tu , akak tu buat plak peeling ! Emm , memang sangat best ! Rasa nak menari je . Dia main taktik kotor weyh , cakpa 2x lapisan je . Padahal , 4lapisan weyh !! Lapisan kedua tu je , aku dah meleleh airmata . Ishh , pedih gila ! Rasa panas + kena tarik kulit ~
Masa tu aku terfikir selepas bersoal jawab dengan akak tu . Macam mana ekk dorang-2 tahan kena peeling ke apa ke . Gila kental kulit deme . HAHA
Lepas siap semua , aku blah laa . Serius malu ~ Kulit licin gila + berkilat je . HAHA . Sepanjang jalan tu , aku tunduk je . HAHA . Yelaa , nampak macam polish muka je . HUHU

Ni laa pengalaman yang aku nak share kat koram-2 semua . Tak pernah buat facial + peeling , sekali buat hambeek kau ! Pedih + panas + macam-2 rasa ada -.-" Bukan senang nak cantik , SAKIT tau nak cantik ni !

#SORRY , kali ni punya post takde GAMBAR . HIHI . Nanti aku update , aku post gambar sebelum dan selepas ekk . Tamao marah koram *hugs* TATA koram . Assalamualaikum :)

Monday, 16 July 2012

Program YLP (Youth Leadership Program)

ASSALAMUALAIKUM . Ketemu lagi *wink-wink* ;)

Sambung dari balik Shah Alam tu , pukul 2pm di KLKP ada program YLP . Kebanyakkan remaja-2 ni join laa . Yelaa , kat sini laa kita nka tengok cara mereka nak handle orang lain . Kebetulan waktu ni ada remaja dari luar join . Emm , agak padat laa level 2 haritu . Aku pun join laa . Sebagai camera woman . HAHA .

Aku rasa program macam ni memang okayy di buat selalu . Untuk mempertingkatkan rasa YAKIN pada diri masing-2 . Buang sifat malu depan khalayak . Tapi malu yang untuk berjaya . FAHAM ? Bukan malu masa buat jahat ! Kalau tu , sendiri mau fikir laa ><

Macam-2 aktiviti yang ada . Macam biasa pecah kepada group dulu kan . Haritu ada 4 group . Angry Bird , 1 Malaysia , Ultraman 7 , B&W (black and white) . Okayy laa , mula tu mereka macam segan-2 tapi lama-2 dah okayy . Nak beri kerjasama . Kira friendly jugak laa even lambat . Bagi aku , OGY yang pandai tarik perhatian mereka . Clap to OGY . Berbalik kat aktiviti , ada aktiviti teka apa yang kawan buat dalam bahasa isyarat , buat  jalan cerita / apa-2 yang melambangkan beberapa keyword yang diberi . Kira best dan bagi manfaat laa kat mereka . Emm , seperti biasa otak tengah blank . Tengok je laa gambar-2 yang ada ni .




Sayangi Bumi :3

Assalamualaikum . Hai-2 korang !
Nak share something ni . Nak tau tak , last Saturday (14July2012) aku dengan geng-2 YCK pergi Shah Alam . Ada program "300 pokok untuk ditanam" . Bawah highway weyh ! HAHA . Serius tak terjangka langsung . Dah laa aku pakai kasut baru . Aiyaakk ! Sama plak dengan Rubbi & Nazrul . Berbalik pada cerita , bukan laa kami je yang ada . Ramai laa pihak lain jugak ada . Mentang-2 kami golongan remaja-2 , kami kena pergi tanam agak hujung jalan . KUIKUIKUI !!

Okayy laa program tu , at least kami semua belajar cara nak menanam pokok dan timbul rasa sayang kepada Bumi dan tumbuhan . Actually aku dah taktau nak story apa lagi . Ni je laa yang boleh aku share . Balik dari ni ada program lain kat KLKP . Okayy , bab tu sambung kat post baru okayy . Taknak laa share post yang sama . HEHE .

Ni laa gambar-2 kami sepanjang di sana . Ehh , bukan semua . Nak semua ? Jenguk laa FB kita . Search je Amalina Azizan . Okayy ^^V
Beramai-ramai snap sebagai kenangan :)

Daddy :D

:)

Thursday, 12 July 2012

^ Ayah We ^

Assalamualaikum ..
Nak cerita pasal semalam ni :D
(11 Julai 2012)

Semalam kami celebrate birthday Ayah We (pakcik) aku . Buat kecil-kecilan je tapi meriah . Makwe masak bihun sup . Kicap sambal hitam dia , perrghh . Terbaaiikk . Terangkat bontot makan bihun sup tu . Kuikuikui :)

<-- Ni laa bahan-2 bihun sup ^^









<-- Ni laa sambal hitam kicap pedas meletopss tu :D






Selain tu Makwe uat surprise ada cake untuk Ayah We . HUHU . Sweet sangat semalam . Aku plak nak menangis tengok . Kuikuikui . Terharu / sebak semua ada . Tapi majlis orang , uat cool je . Dulu Mama selalu uat macam tu kat Ayah , sekarang takde lagi :') *rindu saat tu*
Berbalik pada cerita ni , ramai jugak adik-2 yang datang . TQ kepada adik 'Boy' Anuar , 'adik hitam' Fendi , Ali , Ajiz , Aress , Awal , Rubbi , Munir , Nazrul dan Han . Faizol takde , kaki dia lenguh . Lepas makan-2 , lepak jap sambil sembang-2 , tengok tv . Si Nazrul dah tertidur ceruk kerusi tu . Kesian aku tengok , separuh badan atas sofa , separuh lagi kat lantai . Aiyoo , boleh ekk tidur macam tu . Lama sikit , semua pun balik . Yelaa , harini kan sekolah . *sekolah ke?* HAHA . Aku ? Aku dah tertidur masa baring-2 tu . Dalam 11.30pm , kak Irda kejut aku . Aku pun balik laa . Tak sampai 20minit , daddy text ajak pergi 7E . Kebetulan mata dah segar , aku follow laa . Kak Irda bawakkan aiskrim potong perisa jagung . Aku makan sampai 7E . Sesampai kat 7E , aku capai aiskrim Cornetto yang baru tu . Perisa Hazelnut . HAHA . Sedap-2 ^^V
Lepas tu , naik rumah aku . Lepak jap , sembang-2 . Sampai 2am . Akhirnya mereka pulang , lagipun aku dengan kak Irda dah mengantuk . Dipendekkan cerita , pagi tadi aku tak sedar bunyi jam loceng . Selalu alarm aku ada 2 tapi harini 1 je . HAHA . *teruk-2*
Emm , jauh dah aku menyimpang . Dah laa , sampai sini je dulu . Sampai ketemu dilain post . HIHI .
*disertakan gambar pasangan kekasih yang sweet gtew*
Lampu ditutup seketika :)
Lampu dibuka :)

Tuesday, 10 July 2012

Kaki CC ?

Assalamualaikum . (10.54pm)

Dalam keadaan yang sejuk , aku menaip didalam blog ini . Dimanakah keberadaan aku ? Di satu tempat dimana remaja-2 Chow Kit sangat menggemarinya . HAHA . Cer tekaaa :D

YUP !! Aku di s1 bersama daddy , mummy , dan adik Apis . Buat apa ? Online laa ofkos . Ada BB ? Memang laa ada , suka hati laa kan ? Macam korang cakap , duit korang suka hati korang laa kan ? Macam tu jugak laa kami . HUHU . Sentap ? Nasib korang laa . Ada aku suruh ? Takkan ? So ?
Actually kami ni bukan KAKI CC , kami cuma ke sini bila rasa bosan / ada hal penting . Contohnya malam ni , kami nak promote link baru . Link yang boleh buat rezeki lebih . Nak tau link tu ? Japp ehhh ... http://mcmfabulous.com/3158936 > ni laa link tu . Ce bukak , baca dan fahami . TIADA PAKSAAN tau :))
Bukan lama cam korang-2 online . Kami sejam je . HIHI . Kami tak pro macam korang :D *majal-2*

Emm , taktau nak update apa lagi . Cukup laa coretan sampai sini . Lagipun suka aku laa kan nak coret panjang mana , jari aku yang menaip . Kuikuikui . TATA

Kerjaya ?

Assalamualaikum .
Harini aku just nak share tentang kerjaya aku sebagai manusia di muka bumi Allah ni *ayat tak boleh blah* !
  • Waktu tu cuti sekolah form4 . HAHA . Kat JJ , Maluri . Aku saja try isi borang kerja kosong dengan kengkawan aku . Rupanya memang rezeki kami , kami dapat . Aku kena jadi 'casual worker' kat department children . Bukan main seronok laa kan sebab aku minat kanak-2 . Rupanya aku silap , sikit punya susah kerja tu weyh . Dah laa sepanjang masa kena berdiri , nak text / call pun nyorok-2 . Lepas tu customer plak kemain rancak pilih , campak , amek lain , campak balik . Aku ni haa tukang lipat baju-2 tu . Mula-2 lawe gak laa , macam nak maki . Tapi aku relax je . Lama-2 aku jadi suka plak kerja tu . Nak dipendekkan cerita , aku stop masa nak bukak sekolah . Sedih gak laa kan . Gaji ? Perghh , masyuk weyh . Tahun tu barang sekolah aku , aku settle sendiri . Siap belanja adik-2 kasut sepasang seorang .
  • Lepas tu aku kerja sebagai 'shop assistant' Kedai Mesra Petronas kat Permaisuri , Cheras . Tuan Petronas tu Uncle Razif Sidik n wife dia , Auntie Liza . Kejap je pun sebab nak tunggu result SPM . Best jugak laa , dan kat sini laa 1st time aku belajar pasal stok , akaun , minyak-2 , cashier , macam-2 laa . Tapi tak lama , dapat result aku resign . Gaji ? Adoolaaah .
  • Aku sambung study , tapi terpaksa stop sebab PTPTN aku tak lulus . Lagipun ada masalah kewangan waktu tu . Aku pun berkorban demi adik-2 aku sebab taknak susahkan mama . Dijadikan cerita , aku kerja 'promoter' kat Tesco Extra Cheras . Pun tak lama sebab aku fikir sampai bila nak kerja takde EPF kan ? Aku apply kerja kat Menara PGRM . Alhamdulillah , memang mereka memerlukan seseorang untuk bekerja sebagai cashier .
  • Aku stop promoter , aku kerja sebagai cashier Parking kat Menara PGRM . Ni laa pekerjaan aku yang paling lama dan best . Aku kerja cashier ni laa aku jadi seorang yang lebih bertanggungjawab , alert , punctual , macam-2 laa . Boss kat sini pun okayy . Kamceng gila dengan aku . HAHA . Really kenangan manis kat sini laa banyak , tak lepas laa kenangan pahit . Aku bergaduh dengan makcik cashier tu . HAHA . Motif ? Dia tak puas hati dengan gaji n pujian kat aku . Kuikuikui :D ~ Gaji ? Boleh laa . Kaya jugak kerja camni . OT lagi :) !Yang sedihnya aku nak resign tu , boss aku merayu kat aku . Dia siap bagi tempoh aku cuti tanpa gaji . Tapi aku terpaksa resign gak sebab waktu tu Mama sangat memerlukan aku untuk tolong dia kat kedai makan dia . Lepas Mama dah dapat pembantu lama lepas tu , aku apply kerja lain .
  • Kerja yang aku maksudkan ialah 'finance consultant/call center' untuk loan . Loan apa ? Biarlah rahsia . HUHU . Pun tak lama aku kerja sebab aku rasa tak serasi . Nak cakap lembut-2 . Dengan perempuan takpe , ni laki pun sama . Dah tua-2 pun ada nak ngorat aku . Uiihh , lagi 1 boss ni tipu gaji doe -.-" Tu sebab utama aku resign .
  • Percaya ke tak , memang kebenaran . Lepas aku stop kerja tu , aku takde kerja mana-2 . Cuma tolong-2 Mama & kawan Mama kat opis . Set meja untuk orang meeting . Orang panggil aku 'tea lady' , tak kesah laa weyh . Aku happy :) ! Lama tu aku tergerak hati nak amek kursus untuk bukak Taska . Aku try laa bodek Ayah aku . Yess ! Ayah bagi . Alhamdulillah .
  • Bermulalah life aku sebagai student KAAK (kursus asuhan awal kanak-2) , dekat Zenith Corporate Park , Kelana Jaya . Sampai laa ke praktikal aku berulang-alik Cheras - Kelana Jaya . Sudahnya lepas study , aku kerja jap sebagai pengasuh tapi kat rumah member aku je laa . Kat Kajang . Then aku stop kerja pengasuh , bukan tak minat tapi aku dioffer oleh Ayah aku kerja kat CCSC Chow Kit sebagai Assistant Admin Methadone . Aku pun accept laa tawaran Ayah aku .
  • Seterusnya , aku bekerja laa sebagai Assistant Admin Methadone di CCSC Chow Kit . Sampai bila ? Selagi rezeki aku disini . Yang penting aku enjoy kerja aku dan ianya dari sumber yang halal . Aku tak pernah malu admit aku kerja apa . Malah aku berbangga , at least aku tak malas macam sesetengah remaja zaman sekarang :)
Banyakkan pengalaman kerja aku ? Takde laa banyak sangat tapi boleh laa bagi aku . Boleh laa aku jadikan reffrence . Tak kesah dimana kita bekerja , yang penting Halal rezekinya , kita enjoy , jujur , amanah pada kerja kita . Meminjam kata-2 hikmah dari seseorang 'Love what you work , Work what you love'

Sunday, 8 July 2012

Trigger ~

Assalamualaikum .

Sekali lagi mencoret kat sini . Mencoret tentang 'trigger' / ketagihan aku umtuk mencoret dalam blog aku ni . HAHA . Agaknya aku rasa sekarang ni yang aku boleh jadikan 'kawan' untuk meluah apa je yang aku rasa adalah blog aku . Emm , sadis kan ? Ada manusia tapi pilih media macam ni . Sebab aku rasa hanya 'dia' ni yang boleh dipercayai sekarang . HUHU .

Bukan aku takde kawan , tapi sekarang bukan semua boleh dipercayai . Hanya mahu kawan waktu senang . Waktu susah , siapalah nak pandang . Ni lah realiti kehidupan yang sebenar . Bukan lakonan macam cerekarama malam minggu kat TV3 . Kepahitan , kemanisan , ketawaran tu semua aku tanggung sendiri . Emm . Semua ke manusia macam tu ? TAK , bukan semua . Hanya sesetengah golongan yang digelar 'LUPA DIRI' . Aku seperti biasa , pendam sorang-2 .

Ni laa AKU , yang CUBA menJAGA HATI orang tanpa peduli hati sendiri !

Saturday, 7 July 2012

LAKSA :'(

Assalamualaikum .

Harini takde apa yang nak aku share . Cuma harini Ayah Akob dengan family dia datang ke CCSC . Wife dia masak laksa dan sejujurnya hati aku sayu sangat . Sebabnya aku teringat kat ummi aku . Kebetulan wife Ayah Akob pun kami panggil ummi . Masa makan tu , rasa nak nangis je . Tapi aku pendam je . Depan rezeki kan ? Tak baik bersedih .

Lupa plak , aku baru balik dari jemput kakcik balik asrama . Jadi aku makan laksa tu berdua laa dengan dia . Dan aku terus tanya "kakcik , sedap tak laksa ni ? Sedap mana lagi ? Ummi kita masak ke ummi Ayah Akob?" , kakcik pun jawab "ummi kita laa , dia masak sedap". Terus bertambah sayu hati aku . Alahaaii , kisah laksa pun aku nak share kan ? HAHA .

Aku share kat sini sebab aku cuma nka bagitau yang aku sangat rindukan ummi aku .

Friday, 6 July 2012

Baru belajar :D

Assalamualaikum . Salam Jumaat ^^V

Sebenarnya niat dihati dari sehari ke sehari nak mencoret sesuatu di blog ini . Tapi disebabkan kekangan dari pelbagai hal , pendam dulu niat tu . Dan harini , ada kesempatan sikit nak mencoret sesuatu kat sini . InsyaAllah , ada masa next time boleh sambung lagi .

Sampai sini dulu :D

*Budak-2 sangat kan ?*