Assalamualaikum ! Aku nak share something yang tetiba idea mencurah-curah nak suruh aku coret kat sini . Best ke tak best ke , korang baca je okayy :)
Aku nak share pasal CINTA . Apa itu cinta ? Apa yang dikatakan dengan cinta ? Kenapa cinta selalu dipersalahkan ? Waahh ! Dah macam pakar motivasi cinta aku ekk . HUHU !
*err , ada sikit-2 pasal personal ! Diam-2 ekk*
Cinta itu SUCI , lahir dari hati yang MURNI dan TULUS . Mencintai kamu merupakan pengalaman INDAH walaupun sekadar menepuk sebelah tangan . Kerana TANPA aku PINTA , perasaan itu hadir menerpa jiwa . Andai 1hari kita ditakdirkan bersama , ianya ANUGERAH TERINDAH oleh Allah . Dalam tempoh yang pendek , aku JATUH CINTA padamu tapi untuk meLUPAkan kamu , aku PERCAYA ianya akan mengambil MASA yang LAMA atau tidak seUMUR HIDUP aku !
Aku YAKIN , Allah sengaja pertemukan kita dengan orang yang SALAH sebelum orang yang BENAR kerana ianya akan mengajar kita erti mengHARGAI dan berSYUKUR dengan apa yang ada kita MILIKI sekarang juga PENGALAMAN yang ditempuhi itu dijadikan KENANGAN dan TAULADAN demi masa depan yang lebih BAHAGIA . Aku sudah LELAH hidup di alam FANTASI dengan kamu ! Aku ingin RAIH cinta kamu ke alam REALITI . Adakah ianya bisa jadi KENYATAAN ? Wallahualam ~
Cinta itu TIDAK melemahkan tetapi lebih menguatkan kita !
Cinta itu BUKAN penghinaan tapi ianya penghormatan !
Seandainya aku bisa memohon , aku MAHU kamu yang menDAMPINGI aku SETIAP SAAT sehingga ke JANNAH . Aku ingin sebelum mata terTUTUP , kamu yang terAKHIR aku LIHAT dan selepas mata terBUKA , kamu yang PERTAMA aku LIHAT .
Cinta PERTAMA itu yang paling MANIS sebab itu ianya SUKAR dilupakan tetapi hadirnya cinta kedua dan seterusnya akan menghangatkan lagi jiwa kita dan bisa buat kita lebih bahagia . Cinta pertama jadikan kenangan , cinta seterusnya hingga kita berTEMU JODOH itu kePERLUan kerana hidup kita TANPA cinta umpama MASAKAN tanpa GARAM ! Tawar ! Hambar ! Kata orang , cinta itu BUTA . Sebab tu walaupun dilukai berkali-kali , kita tetap butuh cinta . Begitu juga aku ! Walaupun kadang-2 dia lukakan hati aku tanpa sedar , aku tetap MAAFkan dia dan cinta aku tehadap dia tidak pernah kurang walau seinci . Aku pernah derita kerana cinta , tak bermakna aku tak mampu SETIA kepada cinta selepas itu . Sesungguhnya memang ADA cinta yang dimulai SENYUMAN INDAH tetapi diakhiri AIRMATA meratapi keSEDIHan .
Aku MOHON kepadamu , CINTAilah aku atas dasar SIAPA aku SEKARANG bukan siapa aku SEBELUMnya . Kerana jika benar kamu ikhlas , tak mungkin kamu tegar menyingkap kisah SILAM aku . Sesungguhnya aku TIDAK akan pandang belakang masa lalu kamu kerana kamu adalah masa sekarang dan INSYAALLAH kamu jugalah masa hadapan aku . Terima Kasih kerana membuat aku BAHAGIA dan terSENYUM indah . Terima Kasih sebab membawa CAHAYA kedalam dunia aku yang gelap . Terima Kasih kerana meWARNAi dunia aku yang sebelum ini kelam . JANJI ku , selagi aku bernadi , selagi hayat di kandung badan , akan aku TERUS menJAGA cinta ini dan setia sepanjang masa disisi kamu .
Sayang dan cinta aku kepada kamu membuatkan aku TAKUT dengan perkataan "PERPISAHAN" ! Aku sedar aku perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan tapi aku akui aku sangat-2 takut dan belum bersedia . Aku merasa selamat disamping kamu ! Aku tidak memilih kamu tetapi cinta hati ini yang telah mengUKIR nama kamu tanpa aku sedari sehinggalah aku sedar dimana setiap kali kita bertemu , JANTUNG aku PASTI berDEGUP kencang . Aku akui kamu BUKAN yang pertama tapi aku berHARAP KAMU lah yang terAKHIR berada di KAMAR hati aku dan sepanjang hidup kita . Aku mohon , KUATkan laa benteng percintaan kita ! Jangan biarkan api cemburu mengHANGUSkan cinta kita dan debunya dibawa angin .
KAMU ! Benihkan cinta kita setiap hari dengan pergaulan mesra kita , siraminya dengan kata-2 romantik dari kamu , pancarkan hangat cahaya cinta dari pandangan mata kamu yang redup tetapi penuh erti . Aku tidak akan memandang KELEBIHAN kamu kerana KEKURANGAN kamu yang aku perlu tahu , pelajari , fahami dan sayangi . Kita akan saling melengkapi . Percayalah ! Kekurangan ku pasti kelebihan kamu begitu juga sebaliknya .Sesungguhnya aku BENAR-2 menCINTAimu . Masakan aku perlu berpura-pura untuk membina hubungan jangka masa panjang .
Cinta TAK boleh dikawal !
Cinta TAK boleh dijual-beli !
Cinta TAK boleh ditukar-ganti !
Cinta TAK boleh dipaksa !
Cinta TAK dapat digambarkan dengan kata-2 !
Cinta TAK dapat dibandingkan dengan apa-2 !
BETAPA HEBATNYA CINTA !
![]() |
| Kamu yang bertakhta dalam hati saya <3 |







No comments:
Post a Comment