^^V terima kasih ~


Thursday, 9 August 2012

Aku MOHON :'(

Assalamualaikum .

Harini aku just nak share apa yang aku pendam selama ni . Aku rasa dah penat nak pendam sorang-2 . Kalau post sebelum ni aku cakap macam nak bunuh diri sendiri je , kali ni aku nak berfikiran positif tapi aku mohon kepada mereka-2 faham walau sikit pun perasaan aku . Walau sikit , tolong kesiankan aku .

Aku anak sulung , aku ada 3orang adik selepas aku . Yang kedua lelaki , 16tahun , Hisyam namanya . Aah , yang accident tu . Yang ketiga perempuan , 14tahun , Amanina namanya . Yang bongsu pun perempuan , 10tahun , Amarina namanya . Haaa ? Sama ? Mana ada ! Baca betul-2 nama dorang . Yup ! Aku sulung , 22tahun , Amalina nama aku . Emm . Apa motif aku cerita pasal adik-2 aku ? Sebab ni laa antara topik yang nak aku share .



HISYAM ~
Okayy , dia ni baik sebenarnya . Tapi nakal sangat . Nakal dia bab motor , bab sekolah . Dia sangat malas ke sekolah dan sangat teruja nak memiliki motor . Sebab tu laa dah berkali accident pun macam takde perasaan , ingat lepas accident haritu adalah TAUBAT sikit rupanya , HARAM ! Pasal dia ni jugak laa aku kena PASAK telinga dengan Mama dan Ayah aku . Sekolah taknak , duduk rumah je . Weekends nak hang dengan kawan-2 , pandai hulur tangan kat Mama / Opah . Aku bukan apa , aku dengan parents aku just nak dia sekolah bagi habis je . Tak pandai , takpe . Bukan kami nak bunuh kalau tak dapat A dalam exam . Ni taaakk , susah nak ke sekolah . Aku pun taktau nak cakap macam mana lagi . Dia dah besar , bila dia lawan cakap aku , aku balik yang terdiam dan sedih . Habis , apa lagi aku boleh buat ? Kalau dah selalu sangat orang menyalak kat telinga aku pasal dia , naik lawe laa aku . Aku pun fed-up . Aku pun give-up . Bukan susah pun , pergi sekolah je . Setahun je lagi . Aku dulu jalan kaki je ke sekolah . Kalau aku tak sekolah , jangan harap laa Mama nak bagi duit belanja tapi adik aku ? Pergi kadang naik bas , kadang share dengan kawan naik taxi . Tak sekolah pun ada duit terletak atas meja . Aku cukup kecewa dengan dia . Dia dah laa satu-2nya cucu lelaki opah aku , satu-2nya anak lelaki Mama dengan Ayah , satu-2nya adik lelaki yang aku ada , satu-2nya abang kepada adik-2 perempuan kami . Dia sepatutnya sedar , dia bakal jadi ketua keluarga . Dia kena tau , dia ada tanggungajwab yang besar nak digalas bukan sekadar selepas nikah tapi sebelum tu pun . Andai usia Mama dan Ayah dah sampai penamat dan tinggalkan kami , dia laa yang kena jaga kami . Aku bukan nak mengungkit atau berkira , tapi apa je yang aku tak buat untuk keselesaan dan kebahagiaan dia ? Serius , aku betul-2 terasa hati + kecewa dengan dia . Aku dah putus asa dengan dia . Apa perlu dia dimasukkan ke sekolah Tunas Bakti ? Apa dia nak sampai badan patah riuk atau putus baru nak sedar ? Apa sampai dah ditangkap masuk penjara baru nak sedar ? Atau sampai Opah , Mama dan Ayah dah takde baru nak insaf ? Aku taknak dia salah pilih jalan hidup kerana tak semua diberi peluang kedua dalam hidup . Tapi apa daya aku ? Dia yang pilih jalan hidup sebegini . Bukan orang suruh atau pinta . Aku tak pernah putus memohon kepada Allah semoga 1saat sebelum terlambat , adik aku ni akan sedar dan berubah menjadi insan yang lebih berguna . AMIN :)
* "abang , akak tak pernah mintak kau apa-2 sebagai balasan , aku cuma nak kau sekolah je . Sebab aku dah rasa betapa susahnya nak mencari rezeki tanpa ilmu sekarang . Aku cuma nak kau jadi insan yang cemerlang dan berguna je . Aku taknak kau hidup susah dimasa akan datang . Cukuplah hanya aku yang tanggung derita kesusahan tapi tidak kau ! Kau lelaki , tanggungjawab kau berat . Masakan kau nak bini kau yang tanggung kau ? Aku taknak kau menyesal bila semuanya sudah terlambat . Aku takde kekuatan nak katakan pada kau sebab aku taknak hal ni menyebabkan kita gaduh dan kau bencikan aku . Aku sayang kau abang . Kau satu-2nya adik lelaki yang aku ada . Banyak mana aku ada adik angkat pun takkan pernah tandingi kau ! Aku berharap sangat kau membawa senyuman ke wajah orang tua kita dan at least kau buat mereka bangga dengan kau . Tinggalkan laa 'dunia' yang tak mendatangkan faedah kepada kau . Tak semua dapat nikmati peluang kedua . Jangan samakan kita dengan orang lain . Apa kau mahu hidup susah ? Mesti tidak kan ? Aku mohon abang , sebelum terlambat . Jagalah hati orang tua kita lebih-2 lagi Opah . Kesian dia . Kau mungkin taktau dan tak rasa . Tapi aku nak kau tau , KAMI tak pernah benci kau malahan KAMI sangat-2 sayangkan kau . Kembalilah ke pangkal jalan . Aku MOHON "*

AMANINA ~
Dia ni jenis pendam dalam , lagi teruk dari aku . Dia suka simpan sendiri taknak luahkan sampai 1 tahap , dia akan menangis dan cederakan diri sendiri . Aku risau dia tekanan perasaan , ganggu emosi dia dan menyebabkan hal-2 yang tak diingini . Dia ni lain sangat dari kami adik-beradik . Dia lahir tanpa Ayah disisi , masa tu Ayah pemulihan di Pulau Pinang . Pak Uda yang 'Qamat'kan dia . Maybe sebab tu dia baik sikit dari kami kott . HAHA . Kjoke ~! Dia sekolah asrama penuh Agama . Jadi dia ala-2 ustazah poyo laa . HOHO . Ada masa , datang laa gila dia . Apa kita guraukan dengan dia , dia layan . Ada masa sampai angin taufan dia  , monyok je muka . Menyampah aku tengok . Bab dia ni , aku admit laa yang aku agak jeles dengan dia . Sebab dia dapat apa yang aku nak . Sekolah asrama salah 1 nya . Dah tu dia ni cantik , putih , pandai , body solid . Bandingkan dengan aku ? Humm --" ! Okayy , aku tau tak baik banding-2kan . Allah marah . Emm , dia selalu dapat coklat kalau Mama pergi asrama dia . Aku jeles lagi ~! Dia ni kaki NOVEL . Sanggup sehari suntuk tak mandi , tak makan takpe . Janji baca novel . Aku pun kalah . Dia adalah persamaan dengan aku sikit . Contoh , baca novel , suka makan , suka tidur . HAHA . Lepas tu kami sama-2 comeyy , bezanya aku comeyy lagi dari dia . HEHE ^^ ! Dia ni sangat-2 pemalu dan pemalas nak keluar rumah . Kalau boleh , duduk dalam bilik je . Jenuh aku nasihatkan dia , macam tu jugak . Emm --"
*"Kakcik , akak tau kau agak Islamic dari kami . Tapi ada masa kau kena rasa dunia luar . Dunia realiti .Dalam Islam takde pun tertulis , wanita suci hanya duduk dirumah . Bergantung kat kita nak pergi mana , dengan siapa , buat apa . Perasaan malu terlampau tu takkan bawa kita ke mana . Ubah perangai yang kau nak buat hal sendiri je / hidup dalam alam kau je . Belajar bergaul dengan orang luar , tak salah janji pandai jaga batas . Jangan buat muka bila ada orang kunjungi rumah kita , dorang pun sedara kita . Sedara Islam . Bayangkan 1saat kau sambung belajar luar negara dan kau rapat dengan 1keluarga ni , setiap kali kau datang rumah dia , anak dia buat muka . Apa perasaan kau ? Belajar letak diri kita dalam diri orang tu . Lagi 1 , belajar luahkan apa kau rasa , apa yang kau pendam . Kalau malu cerita kat kawan-2 , apa guna aku sebagai kakak kau ? Sekurangnya boleh ringankan bebanan kau . Berhenti sakiti diri sendiri . Aku yakin kau mampu ubah nasib keluarga kita . Belajar rajin-2 , bawa impian aku bersama kau . Aku sayang kau Kakcik . Aku MOHON , apa yang berlaku jangan pendam sorang-2"*

AMARINA ~
Ni kisah adik bongsu aku . Degilnyaaa Ya Allah *tepuk dahi* ! Dia ni lebih kurang macam abang dia . Siapa lagi , Hisyam laa . Emm , dia ni sekolah pun agak malas . Maaaaaiinn je kerja . Dah tu kalau balik sekolah , bukak baju terus campak beg , siap-2 keluar pergi main . Dah laa keluar tak bagitau . Risau je Opah aku kat rumah tu . Dia pun kesian , kurang kasih-sayang . Sejak dia kecil , Ayah dengan Mama dah cerai . Dia hanya menumpang kasih jiran-2 aku dan kawan-2 Mama aku je . Aku faham perasaan dia , sebab KAMI 4beradik memang kurang perhatian dan kasih sayang . Aku pun taktau nak nasihatkan dia macam mana lagi . Aku risau , dia keluar taknak bagitau . Main-2 kat luar , mana laa tau bukan nasib kau , ada kemalangan ke apa . Aku takut dia kena culik ke , jatuh ke . Tapi biasa laa budak-2 bukan faham . Bagi dia , bermain tu dunia dia . Aku pun jeles okayy dengan dia ! Sebab dia putih , lawa , kurus dan tinggi ! Emm . Berdosanya aku :( ! Aku berharap dia akan berubah bila dia masuk ke alam 'baligh' . AMIN !
*"Adik , apa yang Opah / Mama / Kakak bebelkan semua bersebab dik . Kau baca paper tapi kau tak terasa takut ke ? Kita perempuan dik , bahaya kalau main kat luar . Lebih-2 lagi kat area situ ramai penyangak . Aku taknak benda buruk terjadi kat kau . Aku takut sangat kalau kau kena culik ke rogol ke . Bukan aku pinta tapi aku TAKUT . Aku tak sanggup adik-2 aku derita . Adik , belajar laa pandai-2 , rajin-2 laa sikit . Rugi dik , lawa tapi tak berilmu . Ni demi masa depan kau jugak . Kalau aku umur panjang boleh aku bantu kau kalau kau susah . Kalau aku dah mati ? Fikir dik , memang seronok main . Aku tak kesah nak main tapi pandai-2 laa tengok masa dan hari . Selalu dah pesan . Aku MOHON , belajar bagitau Opah kemana kau nak pergi . Kesian Opah dik , risaukan kau selalu . Aku harap kau rajin ke sekolah dan berjaya dalm hidup"*

AYAH ~
Ayah , akak MOHON ayah jangan laa keluarkan kata-2 yang melukakan hati akak mahupun adik-2 . Kadang-kala Ayah cakap sesuatu yng mengguris hati kami . Apa benar kami menyusahkan ? Apa benar kami tiada erti bagi Ayah ? Ayah , kami kurang kasih-sayang dari Ayah . Zaman Ayah pemulihan dulu , mana pernah kami rasa hidup bersama Ayah . Apa salah sekarang Ayah tebus masa dulu ke sekarang ? Ayah , bukan wang yang kami pinta atau mahu kan . Kami cuma mahu AYAH ! Apa yang kami pinta seperti wang adalah tanggungjawab Ayah . Ya ! Akak nampak senyum indah , mesra dengan semua orang tapi ada sesiapa faham isi hati akak ? Kerana Ayah , akak sangguh dihina , dicaci ! Kerana Ayah , akak jadi macam sekarang ! Akak mahukan yang terbaik untuk adik-2 tapi akak tu akak GAGAL ! Akak memang kakak yang tak guna kan ? Akak telankan saja apa yang Ayah dan Mama katakan demi adik-2 . Akak tak mintak banyak Ayah , luangkan laa masa dengan kami . Kenapa dengan Ammar , Ayah mampu bersabar tetapi tidak dengan kami ? Siapa kami dalam hidup Ayah ? Siapa Ammar dalam hidup Ayah ? Kami darah daging Ayah . Kami ada hak . Akak MOHON , banyakkan laa berjimba-jimba dengan kami . Jangan lagi ke tempat lain . Kalau Ayah cakap Ammar tak minta dilahirkan ke dunia , apa pernah kami minta dilahirkan ? Ni semua TAKDIR Ayah . Anak-2 tanggungjawab kedua ibubapa , anak-2 amanah kedua ibubapa ! AMANAH ! Kenapa amanah hal lain Ayah boleh jaga tapi tidak kami ? Amanah dari Allah . Akak hanya mampu tahan sebak di dada bila Ayah mengeluarkan statement yang mengguris hati akak . Takpe laa Ayah , akak sentiasa berdoa Ayah akan banyak luangkan masa bersama kami . Kami hanya mahu keluarga yang sempurna . Terima Kasih atas apa saja penggorbanan yang telah Ayah lakukan kepada kami . Ayah laa HERO kami , tiada galang-gantinya . KAMI SAYANG AYAH


MAMA ~
Mama , kita selalu bergaduhkan ? Tapi kerana gaduh itu laa kita makin rapat . Mama , akak bukan nak mengungkit atau mengeluh . Akak tau Mama takde tempa nak mengadu jadi Mama cerita pada akak . Akak tak kesah tapi kalau selalu akak jadi orang tengah , akak bosan jugak . Rimas jugak akak . Akak susah nak cerita depan-2 sebab akak takut Mama terasa hati . Mama , apa lagi akak nak buat demi adik-2 ? Akak dah tak nampak jalan dah nak nasihatkan abang . Akak taknak bergaduh dengan dia . Akak dah tua Mama , tua dalaman sebab terlalu memendam rasa dan perasaan . Akak dah buntu , taktau nak buat apa lagi . Apa perlu akak MATI ? Baru semua akan sedar kesalahan masing-2 dan menurunkan ego masing-2 ? Mama , buat laa bisnes tu sorang-2 . Tak payah laa dengan Rohayah lagi . Sampai bila nak makan dalam dengan perangai dia ? Kalau bab beli barang basah susah , takpe . Akak sanggup buat loan , belikan Mama kereta . Janji Mama buat bisnes sendiri . Mama tau laa duit sekarang macam air . Gaji akak pun tak banyak , bayar ini bayar itu , tinggal ciput . Apa je akak boleh bantu ? Akak MOHON , fahami laa perasaan akak . Apa je akak buat , akak MOHON , Mama restukan laa . Akak pun taktau nak cakap apa lagi , maybe sebab kita sering gaduh dan luahkan kott . HOHO . Apapun , KAMI SAYANG MAMA ! Walau kami banyak mak tiri , MAMA tetap di hati !

AKU ~
Aku sentiasa nak buat yang terbaik untuk adik-2 aku tapi aku tau aku gagal . Aku telankan kata-2 hinaan demi family aku . Aku pendam keinginan aku nak sekolah asrama . Aku pendamkan bila tak cukup duit nak belajar . Semua sebab adik-2 aku . Terlalu banyak kekangan dalam hidup aku . Waktu aku berusia 15tahun , Mama dan Ayah divorce . Aku down sangat dan tak fokus pada PMR . Nasib tak gagal . Waktu aku 17tahun , dekat-2 SPM , aku gaduh besar dengan Mama . Aku lari duduk Chow Kit . Aku tak fokus SPM , nasib okayy result . Dan sekarang aku menyesal kerana tak mampu jadi contoh yang baik kat adik-2 aku . Sebab tu aku nak yang terbaik untuk dorang . Aku terlalu banyak pendam rasa sehinggakan 1 saat tetiba airmata aku akan mengalir tanpa sebab . Emm . Dah tu . aku taktau nak cerita kat siapa . Sekarang ada blog , coret kat sini . Kalau orang baca pun ,takpe laa . Benda dah lepas pun . HIHI . Aku juga manusia yang memberontak dalam diam . Apa yang aku buat ? Biarlah kenangan itu hanya untuk zaman silam aku . Aku MOHON , korang jangan cerita buruk tentang KAMI yang aku coretkan dam post ni . Mereka family aku , mereka JANTUNG aku . Mereka segalanya bagi aku . Aku SAYANG mereka walaupun aku sering makan hati dengn perangai mereka .

No comments:

Post a Comment