Assalamualaikum koram-2 :D
Aku nak share sikit pasal satu benda yang aku tak pernah buat sepanjang aku dah hidup 22tahun ni -.-"
Aku tak pernah facial kat saloon weyh . Aku selalu buat sendiri je , dengan air panas , air sejuk , telur , bedak sejuk . HAHA . Sekali buat kat Bliss Skin Saloon . Aiyooo -.-" *tepuk dahi*
Aku buat laa PEELING dengan FACIAL . Adeehhh , masa facial tu rasa best sangat ! Macam nak tidur je . Masa dia urut kat bahu aku , kantoi aku geli kat leher . Sebab masa tangan dia urut bahu , kaki aku kejang . HAHA . Malu doe x__x ! Lagi-2 akak tu tegur aku . Lepas tu , dia terlupa agaknya , dia urut lagi . Apa lagi , aku kepitlah tangan dia kat bahu :D *malu-2*
Lepas tu , akak tu buat plak peeling ! Emm , memang sangat best ! Rasa nak menari je . Dia main taktik kotor weyh , cakpa 2x lapisan je . Padahal , 4lapisan weyh !! Lapisan kedua tu je , aku dah meleleh airmata . Ishh , pedih gila ! Rasa panas + kena tarik kulit ~
Masa tu aku terfikir selepas bersoal jawab dengan akak tu . Macam mana ekk dorang-2 tahan kena peeling ke apa ke . Gila kental kulit deme . HAHA
Lepas siap semua , aku blah laa . Serius malu ~ Kulit licin gila + berkilat je . HAHA . Sepanjang jalan tu , aku tunduk je . HAHA . Yelaa , nampak macam polish muka je . HUHU
Ni laa pengalaman yang aku nak share kat koram-2 semua . Tak pernah buat facial + peeling , sekali buat hambeek kau ! Pedih + panas + macam-2 rasa ada -.-" Bukan senang nak cantik , SAKIT tau nak cantik ni !
#SORRY , kali ni punya post takde GAMBAR . HIHI . Nanti aku update , aku post gambar sebelum dan selepas ekk . Tamao marah koram *hugs* TATA koram . Assalamualaikum :)
Hahaha :D
ReplyDeleteGelak plak ekk . Sakit tau :'D
ReplyDelete